Followers

Wednesday 3 October 2012

Cempaka Putih Untuk Mu

Cempaka Putih Untuk Mu
Karya Rohani Deraman .
Sejak halaman pertama lagi, novel karya Rohani Deraman, penulis sepenuh masa dari Pasir Puteh, Kelantan, pembaca seolah-olah tersihir untuk meneruskan pembacaan. Kisah bermula apabila ayah Tini (Hartini), pegawai pertanian dipindahkan ke sebuah petempatan orang Asli di Jerantut, Pahang. Mereka sekeluarga harus meninggalkan kehidupan metropolitan Kuala Lumpur.
Kecuali Tini (sebagai pencerita, sudut pandangan pertama), mama (Sarah), Along, Angah dan Adik Amin nampak kurang selesa walaupun nakhoda keluarga, Encik Hasrul naik pangkat. Menyedari kegelisahan dan gambaran salah tentang kawasan pedalaman, papa memang pandai bergurau. Akhirnya, seisi keluarga akur.
Di tempat baru, dia mendapat kawan sekolah baharu, iaitu Ambok, Ineng dan Sinda. Tini akhirnya rapat dengan Satiah, anak Pak Morit dan Mak Sukin. Tiah kemudian diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Tini.

Tiah menghidap penyakit barah, tetapi Pak Morit berkeras untuk mendapatkan rawatan dukun, walaupun kemudian berjaya dipujuk untuk ke hospital. Tiah sangat berbakat dalam penulisan dan mencatat buku harian peribadi miliknya dengan begitu teratur. Walaupun bertarung dengan penyakit, Tiah berjaya muncul sebagai murid terbaik PMR di SMK Kuala Batu dengan pencapaian 8A dalam PMR, manakala Tini 7A, 1B.
Tini dan Tiah terpisah kerana mendapat tawaran di sekolah asrama yang berlainan. Tini menjadi mangsa fitnah hingga ditahan di lokap selama 3 hari. Kumudian papa berjaya membantu pengetua dan polis membongkar dalang pengedaran pil ecstasy di sekolah berkenaan.
Perjumpaan cuti semester antara Tini dengan Tiah rupa-rupanya buat kali terakhir. Tiah tewas dengan serangan barah. Sebagaimana pesan Tiah lewat catatan hariannya, Tini menanam cempaka putih di pusara Tiah...

No comments: